Friday, June 10, 2011

TELUR BAIK ATAU TIDAK UNTUK KOLESTEROL DARAH ANDA?


                Telur mengandungi kolesterol yang tinggi. Diet yang tinggi kolesterol boleh menyumbang kepada meningkatnya tahap kolesterol dalam darah dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Walaubagaimanapun, kesahihannya masih lagi tidak jelas. Ramai saintis berpendapat bahawa makanan yang mengandungi lemak tepu (saturated fat) dan lemak trans (trans fatty acid) lebih banyak memberi kesan kepada peningkatan kolesterol darah berbanding makanan yang mengandungi kolesterol.
                Menjawab kepada persoalan tersebut, American Heart Association menggariskan bahawa, selagi anda menghadkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol daripada sumber lain (organ dalaman haiwan, otak, susu penuh krim, coklat, kulit ayam, dll)  , anda boleh menikmati satu biji telur sehari bersama diet yang seimbang.
                Faktanya, sebiji telur bersaiz besar mengandungi 213 mg kolesterol sebiji (kuning telur). Jika anda sihat dan tiada sebarang penyakit, anda disarankan mengambil makanan tinggi kolesterol tidak lebih dari 300 mg sehari. Bagi pesakit kencing manis, penyakit-penyakit kardiovascular  dan yang mempunyai  kandungan "kolesterol jahat" (LDL) yang tinggi, anda mestilah menghadkan makanan yang tinggi kolesterol tidak lebih dari 200 mg sehari. 
Oleh itu, jika anda makan sebiji telur sehari, anda mesti menghadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol yang lain untuk hari tersebut.
Jika anda gemarkan telur dan dalam masa yang sama ingin menjaga tahap kolesterol darah, anda boleh mengambil putih telur sahaja. Putih telur tidak mengandungi kolesterol. Selain itu, anda boleh membeli telur yang rendah kolesterol yang terdapat dipasaran kini.


Tahukah Anda?
Penghidap kanser tidak seharusnya mengambil susu atau produk daging?

    • Sebenarnya, penghidap kanser perlu mengambil pelbagai jenis makanan daripada semua kumpulan makanan.
    • Jadi susu dan produk daging juga perlulah diambil dalam kuantiti yang betul dan mencukupi. Sumber protein ini baik untuk sistem imun dan membina otot baru.
    Penghidap kanser  perlu mendapat khasiat makanan secukupnya untuk menentang kanser, menguatkan sistem imun dan daya ketahanan untuk menerima rawatan.

    No comments:

    Post a Comment