Tuesday, January 25, 2011

~wanita insan istimewa..~


Allah berfirman:
‘ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorng yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.’







‘Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.’
‘Aku memberikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain mennyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.’
‘Aku memberikannya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangst menyakiti hatinya.’
‘Aku memberikannya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan ketetapan hatinya uuntuk berada disisi suaminya tanpa ragu.’
‘Dan akhirnya, Aku memberikannya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.’











“Kecantikan seorang wanita bukanlah pada pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada..”

Thursday, January 20, 2011


I'll Be Back

Assalamualaikum

Dah lama saya tak update blog ni. Rasa macam dah bersawang pula. Macam-macam perkara berlaku dalam masa beberapa bulan ni. Sekarang saya dalam tempoh kritikal. Dah lima bulan terperuk kat sini..hu..hu yang sangat membencikan itu. hehe~


Wednesday, January 19, 2011

~Secarik Rindu~

Rasa sudah berkurun aku di sini..Aku rindukn tasik itu..yg di dalamnya ada kembang teratai yg manis..berbunga cinta berbaukn sayang..
Tapi dlm mimpiku semalam melihat..terataiku merajuk layu..


 Langkah kakiku terhenti walaupun baru bermula menapak. 

Daun Terata seolah-olah merajuk layu. Daun melata hampir sama banyak dengan yang melayu layu.

Merajukkah kau si teratai? Mengadukah kau kerana air tidak diperdulikan? atau kau kesunyian,kerana aku tidak hadir mengusik anak ikan dan berudu di celah perdumu?..ayokkk..bicaralah..jika malu bisik saja ke telingaku..



Aku melihat kau x sudi lagi..Ni aku sudah x punya kaki, bagai sang Jentayu..aku tak boleh hinggap di daunmu yang indah bagai permaidani di hujung langit..


Yang patah sayapnya adalah aku, yang serpih paruh nya adalah aku, yang rapuh hatinya adalah aku. camar bawalah aku terbang bersama mu mengejar pelangi..


Aku menghitung titis hujan yang sedang asyik menari di dedaun teratai..ramah dan mesra..



Aku bersyukur kepada Tuhan kerana Dia lah yang menyelamatkan aku dari rebah yang panjang.
Aku tahu dan sedar bahawa setiap dugaan Tuhan itu mendewasakan aku dan menjadikan aku seorang insan yang lebih bersyukur.


Bila aku terjaga dari lena..mendesah jiwaku..ya Allah, rupanya aku sedang bermimpi..






Sebuah mimpi?? tidak..sebenarnya aku terlalu Rindu..


La takhaf wala tahzan...InsyaAllah.

~Kecantikan lelaki dan wanita Islam~




Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-


1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa


Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W:-
” Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua…