Tapi dlm mimpiku semalam melihat..terataiku merajuk layu..
Langkah kakiku terhenti walaupun baru bermula menapak.
Daun Terata seolah-olah merajuk layu. Daun melata hampir sama banyak dengan yang
Merajukkah kau si teratai? Mengadukah kau kerana air tidak diperdulikan? atau kau kesunyian,kerana aku tidak hadir mengusik anak ikan dan berudu di celah perdumu?..ayokkk..bicaralah..jika malu bisik saja ke telingaku..
Aku melihat kau x sudi lagi..Ni aku sudah x punya kaki, bagai sang Jentayu..aku tak boleh hinggap di daunmu yang indah bagai permaidani di hujung langit..
Yang patah sayapnya adalah aku, yang serpih paruh nya adalah aku, yang rapuh hatinya adalah aku. camar bawalah aku terbang bersama mu mengejar pelangi..
Aku menghitung titis hujan yang sedang asyik menari di dedaun teratai..ramah dan mesra..
Aku bersyukur kepada Tuhan kerana Dia lah yang menyelamatkan aku dari rebah yang panjang.
Aku tahu dan sedar bahawa setiap dugaan Tuhan itu mendewasakan aku dan menjadikan aku seorang insan yang lebih bersyukur.
Bila aku terjaga dari lena..mendesah jiwaku..ya Allah, rupanya aku sedang bermimpi..
La takhaf wala tahzan...InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment