.
Dah masuk usia “layak berkahwin”, tak habis-habis pertanyaan yang bertalu-talu hadir..Dah 32 tu cayang oii..Adik usuku dah besau..
Kalau nak ikut impian dan harapan, patutnya aku dah kahwin 4 tahun lalu. Kira ngam-ngam la tu.Awal ke? Sebab aku rujuk mak dan abah punya umur. Mama kawen umur 17thn..fuyoo..
Allah kata belum masanya, orangnya tak sesuai, persediaan tak cukup. Redha dan sabar. Formula yang terbaik. Puasa la kalau tak tahan. Aku lama tak puasa menunjukan aku ni tak kritikal,hehe.Tak mendesak sangat sebab kuliyah manjang then kerja..seronok pulak kerja..Tak sedar kiri kanan, bukan tak mamat yan terpana dan terpaku, cuma aku tak sempat toleh dan balas senyum..bukan pasal mahal..sibuk..huk3..depa panggil aku makcik..tak lapang dada je lah..
“Ko, bila lagi? Dah ada ke belum?”
“Ada apa?”
“Owh..kira belum la ni”
“Ntah..soklan ada belom, ada belom ni x faham.”
Siapa yang tak nak, siapa yang tak berhajat. Aku bukan kayu, cuma dulu pernah jadi besi je sekejap.hehe..Ntah-ntah waktu tu pintu langit terbuka tak? Wallahu’alam
Teringat semula dialog antara aku dan seorang sahabat
“Aku tahu, usaha tengah dijalankan untuk kita, tapi Allah tak izin lagi”
“Aku terasa hati kadang-kadang. Memang betul kena baik sangka, tapi aku juga manusia, ada masanya fikiran jahat ni datang..”
“Apa dia?”
“Ada ke yang nak kita ni?”
“Meaning?” Aku angkat kening..Sebenarnya aku faham maksud dia. Cuma aku perlukan penjelasan lagi dari dia.
“OK, kita lahir dari latar belakang yang biasa. Kita ada family problem yang orang susah nak faham, boleh ke orang terima masa lalu kita? Kita bukan lahir-lahir diiringi dengan suasana tarbiyah. Kita hidup dalam suasana lumpur jahiliyah. Aku dan ko sama-sama keluar dari dunia hitam pekat kita. Lagipun kita bukan wanita idaman lelaki soleh yang tipikal.”
Ingat aku mamat tabligh masa sekolah menengah, punya jauh jalan rumah aku dan rumah dia..Dia redah jugak depan rumah aku yg jauh 1 km nk ke tempat kerja di banding jalan lain yang hanya 10 minit..Hensem jugak tambah dgn serban putih dan gamis ala2 wali songo gitu..Puiii..perasan aku ni..tapi kan aku sempat pi kuliyah subuh di rumah dia..Mak dan adik dia redah embun jantan angkut aku dtng umah..ohh,.indahnya,aku bkn tengok dia yg x cemar mata tengok pompuan tapi aku tengok ke solehan dan sifat malunya tu..mngalahkan aku kayaknya..adushhh..
Owh..sama dengan tekaan aku.
“Hehehe..apa maksud yang tipikal?”
“Lelaki yang suka wanita yang lemah lembut, pakai kain dan jubah memanjang, jaga tutur kata, jaga ketawa. Diaorang suka wanita yang belajar bidang pendidikan, ambil pengajian Islam, Bahasa Arab,aku dan ko belajar apa?Masa tu rasa x layak sbb nak ambik Engineering…Automatik dalam kepala orang karakter yang ambil engineering ni macam mana? Cita-cita ko bukan academician kan? Aku pun bukan. Kita dah kurang dekat situ..”Last Tuhan maha mngetahuii..kabul doa mama supaya aku pi Mesir..hiks3 dengan jiwa memberotak jugak,,susah wooo..kena kersus setahun kat majlis agama Islam..ada class khas lagi..Fening..
Siapa je yang sanggup terima aku?. Lulusan Pakaian dah berubah tapi fe'il memang biasa cicir bila masuk bab kahwin. Aku setuju dengan point yang ni juga.
“Hmmmm….jujur la aku respond. Aku tidak mengharap lelaki soleh yang tipikal macam yang ko sebutkan. Kalau ada dan dia sesuai, aku takde la nak tolak. Cuma, aku harap jumpa yang luar biasa pada pandangan aku. Yang sentiasa memburu pencerahan macam aku pun best juga. Sebab dia tahu susahnya nak cari hidayah sendiri. Aku suka yang pernah lalui hidup jahiliyah, tapi dia boleh bangun dan tepis jahiliyah sampai dia jadi seorang da’ie. Bukan sebab nasab yang pastinya. Dia faham laluan yang aku dan ko lalu, sebab dia pun lalu tempat yang sama dulu. Orang yang macam ni yang faham bahawa, nak berubah jadi baik bukan senang. Yang sentiasa rasa diri kurang dan berusaha jadi baik. Sentiasa belajar dan betulkan kesalahan diri. Aku faham dia sebab dia tengah berusaha untuk jadi baik. Dan yang paling penting, dia boleh terima keunikan ‘kelembutan’ orang macam aku ni. ”
“Ada ke orang yang macam ni?”
“Insya Allah ada.Bnayak...Aku yakin. Kalau bukan untuk aku, tapi untuk orang lain. Untuk u or yang lain.”
“Terfikir ke? Boleh panjangkan hajat dekat yang berkenaan..hehe”
“Selalu fikir, tapi tak la terlalu serius..takut..bukan boleh buat main. Dah masuk dunia ni bukan boleh undo,redo, reformat ke apa..”
“True, jangan dicari, tapi diminta”
“Selalu ke minta?”
“Kadang-kadang..bila teringat, tak selalu..”
“Nampak banyak contoh lelaki yang tak baik, tapi tak nak usaha jadi baik. Payah la macam ni..”
“Kita baik ke?”
“Aku tak baik, tapi aku tengah usahakan..hehe”
Entah la..Wait and see..Kalau aku rasa hidup ni susah, aku doa pada Allah mintak bagi teman. Waktu tu menangis sungguh-sungguh la. Tidak la setiap malam..
Cuma aku dah buat mind dan heart setting untuk mak dan abah awal-awal. ( Sekarang dah arwah mereka.Al-Fatihah )
“Mak, abah, aku dah lalu jalan ni, jadi dalam bab jodoh, jangan harap macam orang lain harap. Get ready untuk terima tohmahan orang sekeliling kalau anak perempuan yng sorang ni ditakdirkan kekal dibawah tanggungan abang2. Tapi doakan la yang terbaik untuk ku. Kita kena sentiasa sedia untuk sebarang kemungkinan”
Alhamdulillah abang2 faham prinsip dan kehendak aku dalam kehidupan. Walau pun terkadang nampak kerut di wajah abang..Abaikn je. Sebab tu mereka tak cakap banyak. Aku cuma dapat rasa di sudut hati mereka pun hajat nak menantu lelaki yang soleh. Jika diizinkan, tunggu, doa dan usahakan sahaja.
Kepada yang lain, lantak la..aku yang lalui, bukan dorang rasa pun!!
Nak kahwin sebab nak tingkatkan iman. Jadi kena jaga betul-betul. Bukan aku menolak perkahwinan. Nampak gaya je macam orang yang begitu. Sekadar buat pendinding diri supaya tidak melampaui batas.
No comments:
Post a Comment